Monday, November 8, 2010

Kempen Batu Sapi

Tan Sri Joseph Kurup Dan YB Datuk Ellron Angin
Berkempen di Parlimen Batu Sapi

Penubuhan PBRS

Sejarah PBRS bermula menerusi empat mesyuarat yang dibuat oleh bekas-bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) seperti Datuk Joseph Kurup, Datuk Clarence Bongkos Malakun, En. James Andrew Vitalis dan Senator Limun Laikim. Mesyuarat pertama dibuat pada pagi 3.3.1994 di rumah kediaman Datuk Clerence Bongkos Malakun. Mesyuarat ini membuat ketetapan sebaik sahaja PBRS diluluskan pendaftarannya, maka memutuskan bahawa Datuk Joseph Kurup (Tan Sri) akan mengambil alih jawatan Presiden dan Datuk Clerence Bongkos Malakun sebagai Timbalan Presiden. Mesyuarat ini diteruskan pada waktu petang hari yang sama di rumah kediaman Datuk Joseph Kurup. Keputusan mesyuarat pada waktu pagi itu disahkan. Pada 4.3. 1994 (pagi) satu lagi mesyuarat dibuat di rumah kediaman Datuk Clerence Bongkos Malakun dan seterusnya mesyuarat terakhir pada pagi 5.3.1994 di rumah kediaman Datuk Clerence Bongkos Malakun adalah membuat ketetapan mengemukakan surat permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Kuala Lumpur berserta dengan senarai ahli jawatankuasa penaja PBRS.

Senarai ahli jawatankuasa penaja PBRS yang dihantar bersama borang (1) permohonan pendaftaran kepada ROS terdiri daripada berikut:

Presiden : Datuk Clerence Bongkos Malakun
Timbalan Presiden : Senator Laimun Laikim
Naib Presiden : Datuk Conrad J. Majuntin
Naib Presiden : Mohd Ainal bin Fatah
Setiausaha Agung : James Andrew Vitalis
Pen. Setiausaha Agung : Joannes Golokin
Bendahari : George Yapp
AJK : Cyril Potin Yansalang

Permohonan pendaftaran PBRS di bawah Akta Pertubuhan 1963 telah diluluskan pada 11.3.1994. Pada hari itu beberapa pemimpin baru telah menyertai PBRS, seperti Datuk Victor Lim, John Khoo, John Liew dan ahli-ahli termasuklah ahli-ahli biasa. Pada 15.3. 1994 pelancaran PBRS telah dilakukan di Hongkod Koisaan, Penampang. Semasa pelancaran ini Datuk Joseph Kurup telah dilantik secara rasminya sebagai Presiden pertama PBRS dan manakala, Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dilantik sebagai Timbalan Presiden. Walau bagaimanapun, jawatan Timbalan Presiden oleh Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan hanya bertahan selama tiga jam sahaja apabila beliau sendiri berundur, kerana membuat keputusan untuk mencuba menubuhkan parti baru.

Pada 16.3. 1994, Presiden PBRS Datuk Joseph Kurup dan pemimpin PBRS yang lain seperti Datuk Clarence Bongkos Malakun dan Senator Laimun Laikim telah menemui Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur Y.A.B Datuk Seri Mahathir Mohamad, merangkap Pengerusi Barisan Nasional Malaysia untuk mengemukakan permohonana PBRS menyertai Barisan Nasional. Niat suci PBRS menyertai Barisan Nasional mendapat respon positif daripada Perdana Menteri. Namun begitu, Barisan Nasional telah membuat satu keputusan pada 22.3.1994 agar PBRS terlebih dahulu memperkemaskan organisasi parti dengan menambah bilangan keahlian, menubuhkan cawangan-cawangan, bahagian-bahagian dan menghantar senarai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) ke urusetia Barisan Nasional di Kuala Lumpur sebelum 31.5.1994. Keperluan ini mudah dipenuhi, kerana sememangnya PBRS telahpun menerima ramai keahlian dari pelusuk Negeri Sabah. Justeru itu, dalam tempoh yang singkat sahaja seramai 24,719 keahlian, 483 cawangan dan 31 bahagian telah ditubuhkan setekat pada 16.5. 1994. Dengan keahlian yang menggalakkan itu, maka senarai ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita turut dapat diperkemaskan. Laporan dan keperluan yang dikehandaki itu kemudiannya dihantar ke urusetia Barisan Nasional pada tarikh yang ditetapkan.

PBRS telah diterima secara rasminya sebagai parti komponen Barisan Nasional pada 10.6.1994. Kesimpulannya, kelulusan pendaftaran PBRS di bawah Pendaftaran Pertubuhan mengambil masa selama 6 hari dan kelulusan untuk menyertai Barisan Nasional mengambil masa 2 bulan 24 hari. Tanpa kita sedari usia PBRS kini menjangkau 10 tahun pada 16.6. 2004. Justeru itu, sedekad penubuhan parti ini sewajarnya ditelusuri atau direnungi kembali untuk memahami dan seterusnya menjawab persoalan mengapa kita harus menyayangi dan memulihara serta menumpahkan taat setia kepada PBRS.